JAKARTA: Indonesia mengerahkan hampir 17,000 anggota bagi memadamkan kebakaran hutan dan tanah di Kalimantan Tengah serta Sumatera Selatan ketika jerebu tebal mengancam kesihatan awam, manakala jarak penglihatan terhad menjejaskan operasi pemadaman kebakaran dari udara.
Pemangku Ketua Data, Maklumat dan Komunikasi Bencana Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB), Berton Panjaitan, berkata seramai 4,686 anggota dikerahkan di Kalimantan Tengah dan 12,285 di Sumatera Selatan, dua wilayah yang diberi keutamaan dalam operasi pemadaman kebakaran.
"Operasi di darat diberikan keutamaan berbanding operasi udara berikutan jarak penglihatan yang terhad sehingga menjejaskan operasi pengeboman air menggunakan helikopter," kata beliau dalam satu kenyataan.








