Kuala Lumpur: Ibu bapa disaran menjadikan semakan tanda atau logo Malaysian Conformity (MC) pada mainan squishy atau pembungkusannya sebagai kebiasaan.
Membiasakan diri untuk menyemak demikian perlulah dilakukan setiap kali membeli mainan untuk anak bagi memastikan produk berkenaan mematuhi standard keselamatan ditetapkan di Malaysia.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, tanda MC atau Malaysian Conformity menunjukkan pematuhan terhadap standard keselamatan mainan yang ditetapkan di Malaysia.
"Bila anak-anak tunjuk mainan yang mereka suka, tentu kita pun teringin membelikannya. Lebih-lebih lagi mainan squishy yang pelbagai bentuk dan warna, orang dewasa pun boleh tertarik melihatnya.








