JAKARTA: Indonesia cuba guna teknologi ais kering era 1940an tangani masalah jerebu tebal akibat kebakaran hutan di republik itu, sehingga memaksa sekolah ditutup di beberapa negara Asia Tenggara.
Menerusi 'formula' baharu itu, pesawat akan digunakan untuk menyebarkan butiran ais kering di ruang udara wilayah Sumatera Selatan, diharapkan mampu mengurangkan penyebaran asap berbahaya yang menyelubungi rantau itu sejak beberapa minggu lalu.
Timbalan Modifikasi Cuaca di Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofizik (BMKG) Indoensia, Tri Handoko Seto, berkata ujian pertama dijangka dijalankan hari ini.
Lapor agensi berita ANTARA, Gabenor Sumatera Selatan, Herman Deru, berkata antara kawasan ditetapkan untuk melaksanakan ujian itu adalah Palembang dan sebuah lagi daerah berhampiran.









