Pengguna jalan raya memandu dalam keadaan jerebu tebal akibat kebakaran hutan di Palangkaraya, Kalimantan Tengah, Indonesia pada Rabu. (Gambar EPA Images) JAKARTA: Indonesia mengerahkan hampir 17,000 anggota bagi memadam kebakaran hutan dan tanah di Kalimantan Tengah serta Sumatera Selatan ketika jerebu tebal mengancam kesihatan awam, manakala jarak penglihatan terhad menjejaskan operasi pemadaman kebakaran dari udara.
Pemangku Ketua Data, Maklumat dan Komunikasi Bencana Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB), Berton Panjaitan, berkata 4,686 anggota dikerahkan di Kalimantan Tengah dan 12,285 di Sumatera Selatan, dua wilayah yang diberi keutamaan dalam operasi pemadaman kebakaran.
"Operasi di darat diberikan keutamaan berbanding operasi udara berikutan jarak penglihatan terhad sehingga menjejaskan operasi pengeboman air menggunakan helikopter," katanya dalam kenyataan.







