Kuala Lumpur: Berang ditegur anggota polis bantuan supaya mengalihkan kenderaan menyebabkan seorang wanita mengamuk dan menendang kemaluan anggota terbabit di Glo Damansara, TTDI, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.38 pagi itu, anggota lelaki berusia 30 tahun sedang menjalankan tugas statik sebelum menegur pemandu sebuah kereta Hyundai Inokom yang diletakkan bertentangan arah dan membunyikan hon kepada kenderaan lain tanpa sebab.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, mangsa kemudian menghampiri kenderaan berkenaan yang dipandu seorang wanita untuk menegur dan mengarahkannya mengalihkan kenderaan.

"Bagaimanapun, suspek menunjukkan isyarat lucah dengan mengangkat jari tengah sambil memberus gigi.