Bangi: Kerajaan sedang meneliti cadangan menubuhkan pasukan petugas khas bagi mengkaji keperluan menggubal Akta Halal yang lebih menyeluruh.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan berkata, usaha itu adalah sebahagian daripada tindakan kerajaan untuk memperkukuh industri halal negara.
"(Cadangan penubuhan itu) sememangnya dalam tindakan kami kerana kita dalam proses untuk memperkasakan lagi industri halal negara," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Penerbitan Islam Tahun 2026 dan Pelancaran Majlis Penerbitan Buku Agama (MAPBA) di Dewan Datuk Mohd Shahir, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), di sini, hari ini.






