SPRM menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dalam menangani isu yang boleh jejas kredibilitinya.PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menubuhkan pasukan khas bagi menyemak semula dakwaan rasuah RM350,000 yang dikaitkan dengan seorang pegawai kanannya.

SPRM berkata, isu itu pernah disiasat pada 2018, namun kes ditutup selepas tiada kesalahan dapat dibuktikan.

Justeru, susulan gesaan dan penularan semula dakwaan berhubung perkara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Abd Halim Aman mengarahkan pasukan khas itu ditubuhkan dengan kadar segera

"Langkah ini diambil untuk memastikan integriti SPRM terus terpelihara dan keyakinan masyarakat terhadap institusi ini tidak tergugat.