Madzli Harun berkata, semua aktiviti berkaitan minyak perlu patuhi skop lesen dan syarat ditetapkan pihak berkuasa. (Gambar Envato Elements)PETALING JAYA: Aktiviti pencampuran minyak (blending) perlu dikawal selia secara ketat melalui pematuhan syarat pelesenan, dokumentasi lengkap dan audit menyeluruh bagi memastikan ketelusan urus niaga serta melindungi reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa, kata dua pakar.
Madzli Harun daripada Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berkata, semua aktiviti berkaitan minyak, daripada pengimportan dan penyimpanan hingga pencampuran serta pengeksportan semula, perlu mematuhi skop lesen dan syarat ditetapkan pihak berkuasa.
Pakar dalam dasar dan undang-undang maritim, kastam serta perdagangan rentas sempadan itu menjelaskan proses pencampuran boleh mengubah komposisi dan spesifikasi minyak, sekali gus memerlukan rekod terperinci bagi mengesahkan kuantiti, pergerakan kargo serta keadaan produk sebelum dan selepas proses itu.








