Putrajaya: Pertukaran penempatan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin dengan Pesuruhjaya Sukan, Arrifin Mohd Ghani, adalah sebahagian daripada strategi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk memperkukuh ekosistem sukan negara.
Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, penstrukturan itu mengambil kira pengalaman serta kepakaran kedua-dua pegawai berkenaan bagi memperkasakan peranan agensi masing-masing, terutama susulan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Pembangunan Sukan (Pindaan) 2026.
Menerusi pertukaran berkuat kuasa hari ini, Arrifin dilantik sebagai Ketua Pengarah MSN, manakala Jefri mengambil alih jawatan Pesuruhjaya Sukan.
Taufiq berkata, pindaan RUU berkenaan memperkukuh kuasa dan peranan Pesuruhjaya Sukan, sekali gus menjadikan pengalaman Jefri yang banyak berurusan dengan persatuan sukan dan atlet sebagai kelebihan untuk memantapkan tadbir urus badan sukan negara.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F14131312asda_241674.png&w=480&output=webp&q=85&we)
