KUALA LUMPUR: Misi memburu kemenangan pertama musim ini menuntut Kelantan Red Warrior (KRW) FC tampil lebih berdisiplin apabila berdepan Star City FC dalam saingan Liga Super, dengan kedua-dua pasukan belum merakam kemenangan.
Kapten KRW FC, Arham Khussyairi menegaskan dia dan rakan sepasukan tidak boleh melakukan kesilapan mudah dan perlu kekal fokus sepanjang 90 minit agar tidak ketinggalan lebih awal.
Jelasnya, persiapan KRW berjalan lancar menerusi latihan seperti biasa selain beberapa perlawanan pemanas badan dilakukan dalam tempoh Liga Malaysia berehat selama tiga minggu bagi memastikan pasukan berada pada tahap terbaik menjelang pertembungan itu di Stadium Sultan Muhammad IV, malam esok.










