BANGI: Kerajaan akan mengemukakan beberapa soalan bertulis kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli, berhubung isu gerakan New Age Movement (NAM) yang dikaitkan dengan beliau sejak September lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, berkata perbincangan mengenai isu itu sudah diadakan, manakala pakar sedang mendapatkan maklumat berkaitan bagi membolehkan penelitian lanjut isu berkenaan dilakukan.

New Age Movement ialah istilah umum bagi pelbagai aliran kerohanian dan metafizik yang berkembang pesat sekitar 1970-an dan 1980-an. Ia bukan semestinya satu organisasi tunggal dengan keahlian, struktur atau doktrin yang seragam.