KUALA LUMPUR - Laporan awal siasatan nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang mengorbankan lima nyawa termasuk empat petugas kesihatan di Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak pada 8 September dijangka dibentangkan kepada Jemaah Menteri esok.Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, siasatan awal Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) mendapati juruterbang helikopter BO105 milik Layang-Layang Aerospace Sdn Bhd itu mempunyai lesen penerbangan dan sijil perubatan yang sah.Beliau berkata, helikopter bernombor pendaftaran 9M-LLF yang beroperasi di bawah kontrak Kementerian Kesihatan (KKM) itu turut memiliki perakuan pendaftaran dan perakuan kelayakan terbang yang sah selain disahkan layak terbang ketika berlepas."Siasatan masih diteruskan dan satu laporan muktamad berhubung kemalangan udara ini perlu disediakan dalam tempoh setahun dari tarikh kemalangan," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, Khamis.Anthony menjawab soalan Datuk Dr Richard Rapu @ Aman Begri (GPS-Betong) berhubung tarikh audit keselamatan, audit pengawasan dan pemeriksaan terakhir Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) ke atas operator helikopter terbabit pascanahas di Long Lellang serta status penemuan keselamatan yang belum ditutup sebelum insiden. Selain itu, Anthony berkata, CAAM telah melaksanakan audit pengawasan terhadap organisasi penyelenggaraan Layang-Layang Aerospace dari 1 hingga 4 September iaitu beberapa hari sebelum nahas berlaku.Beliau berkata, audit tahunan itu merekodkan tiga penemuan ketidakpatuhan dan tiga pemerhatian melibatkan aspek perancangan tenaga kerja, rekod pelaksanaan tugas penyelenggaraan serta dokumentasi prosedur kesinambungan operasi selepas kecemasan.Beliau berkata, semua penemuan audit telah ditutup kecuali satu berkaitan kaedah pengiraan dan perancangan tenaga kerja yang masih menunggu pengesahan akhir CAAM ketika nahas berlaku.Bagaimanapun, Anthony menegaskan penemuan itu bersifat pentadbiran dan organisasi serta tidak mempunyai kaitan langsung dengan keadaan teknikal atau sistem helikopter yang terlibat dalam nahas tersebut."Untuk punca kemalangan, sama ada ia mempunyai hubung kait atau tidak, sudah tentu memerlukan siasatan terperinci mengenai apa sebenarnya berlaku terhadap pesawat itu. Ia memerlukan laporan teknikal sebelum satu keputusan atau hasil penemuan muktamad diberikan," katanya.AKAN MENYUSUL
Laporan awal siasatan nahas helikopter Long Lellang dibentang kepada Kabinet esok - Anthony

Key takeaways
Laporan awal siasatan nahas helikopter FDS akan dibentang kepada Kabinet esok.
- Juruterbang helikopter memiliki lesen dan sijil sah.
- Helikopter memiliki perakuan kelayakan terbang yang sah.
- Audit CAAM mendapati tiga penemuan ketidakpatuhan yang belum sepenuhnya ditutup.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Malaysiakini (BM) , Utusan Malaysia , Berita Harian
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Sinar Harian Laporan awal siasatan nahas helikopter Long Lellang dibentang kepada Kabinet esok - Anthony (this story)
- Malaysiakini (BM) Nahas helikopter di Long Lellang, laporan awal dibentang esok - Loke







