BATU PAHAT – Seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, Khamis, atas pertuduhan membunuh Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, awal bulan ini.Prosiding pertuduhan terhadap tertuduh dijalankan secara tertutup di hadapan Majistret Mustaqim Sukarno berikutan kes membabitkan pesalah bawah umur.Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Irene Sofiya di dewan sebuah sekolah menengah di Yong Peng, antara jam 2.30 petang hingga 4 petang pada 3 Oktober lalu.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574), yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun.Jika tidak dijatuhi hukuman mati, pesalah juga boleh dikenakan hukuman sebatan sekurang-kurangnya 12 kali, jika sabit kesalahan.Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Juanita Mohd Said manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Azlan Shah Mohd Allias dan Suhaila Shafi'uddin Mohd.Pengamal media yang berada di perkarangan mahkamah sejak jam 8 pagi difahamkan tertuduh tiba di mahkamah seawal jam 7 pagi dan dilihat beredar kira-kira jam 9.30 pagi selepas prosiding selesai.Sementara itu, peguam, Mohd Azlan yang ditemui di luar kamar mahkamah memberitahu, mahkamah menetapkan 22 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan forensik dan bedah siasat.Menurutnya, tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin berikutan pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Bagaimanapun, katanya, remaja itu akan ditempatkan di bahagian berasingan dan tidak dicampurkan dengan pesalah atau tahanan reman dewasa mengikut prosedur ditetapkan.Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang pada 3 Oktober lalu, Irene Sofiya ditemukan tidak sedarkan diri dengan kecederaan parah pada badan, dipercayai akibat dipukul menggunakan objek keras.Mangsa yang juga anak tunggal didapati tidak pulang ke rumah selepas kelas tambahan berakhir.Rakannya kemudian menemukan motosikal yang ditunggang Irene Sofiya berada di dalam kawasan sekolah sebelum pergi ke rumah datuk dan nenek mangsa di Kampung Parit Selamat, Yong Peng.Nenek mangsa, Jameyah Rabani, 65, bersama ibu saudaranya, Siti Nur Faeza Khyar, 45, serta rakan mangsa kemudian ke sekolah untuk mencarinya sebelum menemukan remaja itu dalam keadaan parah di dewan sekolah.Susulan kejadian itu, polis menahan pelajar lelaki yang juga rakan sekelas mangsa bagi membantu siasatan.Suspek direman sejak 4 Oktober lalu dan tempoh remannya dijadualkan berakhir pada Khamis.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar sebelum ini mendedahkan kecederaan trauma akibat objek tumpul di bahagian kepala disahkan sebagai punca kematian tragis Irene Sofiya.ARTIKEL BERKAITAN:Pelajar ditemui maut di sekolah disyaki dibunuhPelajar maut di sekolah: Nenek lihat Fiya terkulai, berlumuran darah dalam dewan sekolahPelajar maut di sekolah: 'Fiya nak jadi doktor macam arwah ibu' - Ibu saudaraPelajar maut
Rakan sekelas didakwa bunuh Irene Sofiya

Key takeaways
Seorang pelajar lelaki didakwa membunuh Irene Sofiya di sebuah sekolah menengah pada 3 Oktober lalu.
- Tertuduh dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan bunuh Irene Sofiya, 16 tahun.
- Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dengan hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun.
- Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 22 Disember untuk laporan forensik dan bedah siasat.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian , Harian Metro , Berita Harian , Harian Metro , Harian Metro
Story details
- Published
- By
- NOR AZURA MD AMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Berita Harian Kes bunuh Irene Sofiya: Rakan sekelas didakwa pagi ini
- Harian Metro Rakan sekelas dituduh bunuh Irene Sofiya
- Sinar Harian Rakan sekelas didakwa bunuh Irene Sofiya (this story)
- Berita Harian Rakan sekelas dituduh bunuh Irene Sofiya
- Harian Metro Rakan sekelas dituduh bunuh Irene Sofiya







