KUALA LUMPUR - Sebanyak 34 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini dengan Johan Setia, Selangor merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 192.Menurut Portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), Johor merekodkan lapan kawasan dengan bacaan tidak sihat, iaitu Larkin (187), Batu Pahat (182), Pasir Gudang (181), Tangkak (177), Pengerang (170), Kluang (165), Kota Tinggi (162) dan Segamat (161).Di Selangor, selain Johan Setia, Klang merekodkan bacaan IPU 191, Shah Alam (179), Banting (170), Petaling Jaya (168) dan Kuala Selangor (161) manakala di Negeri Sembilan, bacaan tidak sihat direkodkan di Nilai dengan bacaan 187, Seremban (182) serta Port Dickson (176).Di Melaka, Bukit Rambai merekodkan bacaan IPU 184, Bandaraya Melaka (178) serta Alor Gajah (176) manakala Putrajaya mencatatkan 175 dan di Kuala Lumpur, Cheras merekodkan bacaan 172 dan Batu Muda (162).Di Perak, Tanjung Malim mencatatkan bacaan IPU 168, Seri Manjung (167), Pegoh dan Tasek di Ipoh masing-masing merekodkan 110 dan 108 manakala Seberang Perai, Pulau Pinang 142.Di Pahang, Temerloh mencatatkan bacaan IPU 156, Jerantut (152), Indera Mahkota di Kuantan serta Rompin masing-masing merekodkan 151 manakala di Sarawak, Samarahan mencatatkan bacaan 152 dan stesen pemantauan di Ibu Pejabat Polis Daerah Serian (120).Sementara itu, sebanyak 34 kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana.Bacaan sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat manakala bacaan melebihi 300 berbahaya. - Bernama
Jerebu: 34 kawasan catat IPU tidak sihat, Johan Setia tertinggi

Key takeaways
34 kawasan mencatatkan IPU tidak sihat, dengan Johan Setia mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 192.
- Johor mempunyai lapan kawasan dengan bacaan IPU tidak sihat.
- Selangor dan Negeri Sembilan juga mencatatkan bacaan IPU tidak sihat.
- Kuala Lumpur dan Melaka mempunyai bacaan IPU tidak sihat yang tinggi.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Malaysiakini (BM) , Malaysiakini (BM) , Malaysiakini (BM) , Harian Metro
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Jerebu: 21 kawasan catat IPU tidak sihat, Batu Pahat tertinggi
- Malaysiakini (BM) Jerebu makin membimbangkan, 38 kawasan catat IPU tidak sihat
- Malaysiakini (BM) 15 kawasan catat IPU tidak sihat setakat 9 pagi
- Sinar Harian Jerebu: 34 kawasan catat IPU tidak sihat, Johan Setia tertinggi (this story)
- Malaysiakini (BM) Jerebu: 34 kawasan catat IPU tidak sihat setakat 9 pagi







