SHAH ALAM - Berpegang kepada prinsip hutang wajib dibayar merupakan antara dorongan besar kepada Mohd Rafiz Zainun, 39, untuk membuat bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diterimanya bagi membiayai pengajian sebelum ini.Menurutnya, perkara itu bukan sekadar tanggungjawab peribadi, sebaliknya penting bagi memastikan peluang pendidikan tinggi terus dinikmati generasi akan datang.Mohd Rafiz yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Polisi dan Sekitaran Sosial) dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berkata, pinjaman berjumlah kira- kira RM21,000 yang diterimanya ketika melanjutkan pengajian banyak membantu beliau menamatkan pengajian pada 2009."Saya mula bayar pada 2011, tetapi tidak konsisten. Apabila sudah bekerja, saya mula mencari jalan untuk menyelesaikan bayaran tersebut. Pada 2015, saya bertanya kepada seorang rakan yang bekerja dengan PTPTN mengenai kaedah pembayaran dan beliau mencadangkan supaya menggunakan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)."Walaupun jumlah dalam KWSP ketika itu tidak mencukupi untuk melangsaikan keseluruhan pinjaman, saya tetap membuat pemotongan dan bayaran secara bulanan," katanya yang ketika ini bekerja dalam sektor perladangan di bawah kumpulan FGV Holdings Berhad (FGV).Mengimbas cabaran membayar balik pinjaman, ujarnya antara perkara paling sukar adalah untuk kekal konsisten selepas memasuki alam pekerjaan kerana perlu mengurus pelbagai komitmen lain seperti bayaran rumah dan kenderaan."Namun, bagi saya yang paling penting ialah istiqamah. Kalau sudah bekerja dan ada kemampuan, kita perlu cari ruang untuk bayar," katanya."Terima kasih PTPTN kerana menyediakan pinjaman pendidikan ini kerana ia banyak membantu pelajar yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian," katanya.Sehubungan itu, dia menasihatkan graduan yang masih mempunyai pinjaman PTPTN supaya tidak menangguhkan bayaran, sebaliknya mula membayar sebaik sahaja mempunyai pekerjaan dan sumber pendapatan.Sementara itu, seorang lagi peminjam PTPTN, Mohd Firdaus Abdul Rahim, 37 mula membuat bayaran balik pinjaman selepas tamat pengajian pada 2012.Mohd Firdaus yang kini bekerja dengan sebuah syarikat perkapalan di ibu negara berkata, dia menerima pinjaman PTPTN berjumlah kira-kira RM19,500 ketika melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Maritim di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada 2009.Menurutnya, selepas tiga tahun tamat pengajian, dia mula membuat bayaran balik, namun ia tidak konsisten dan keadaan menjadi lebih mencabar apabila dirinya hilang pekerjaan selepas syarikat terdahulu menutup operasi."Saya menggunakan simpanan KWSP untuk membantu melangsaikan sebahagian baki pinjaman, selain memanfaatkan diskaun bayaran balik yang ditawarkan PTPTN pada ketika itu," katanya.Menurutnya, dorongan terbesar untuk melunaskan pinjaman tersebut datang daripada nasihat ibu bapanya yang mengingatkan bahawa hutang perlu dibayar."Terima kasih kepada PTPTN kerana membantu memberi peluang kepada saya
Bayar balik pinjaman PTPTN tanggungjawab demi generasi akan datang

Key takeaways
Mohd Rafiz Zainun membayar balik pinjaman PTPTN untuk memastikan peluang pendidikan tinggi terus ada untuk generasi akan datang.
- Mohd Rafiz membayar pinjaman PTPTN sejak 2011 dengan menggunakan simpanan KWSP.
- Ia menganggap membayar balik pinjaman sebagai tanggungjawab penting untuk generasi akan datang.
- Cabaran utama ialah menjaga konsistensi dalam pembayaran selepas bekerja.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NURUL HUDA HUSAIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Berita Harian Tunggakan pinjaman PTPTN cecah RM10.7 bilion - KPT
- Harian Metro Tunggakan pinjaman PTPTN cecah RM10.7 bilion - KPT
- Malaysiakini (BM) RM10.7 bilion tunggakan bayaran balik PTPTN setakat Ogos
- Utusan Malaysia Potongan cukai untuk majikan bayar balik PTPTN pekerja
- Utusan Malaysia Kelayakan penangguhan bayaran balik PTPTN disemak dengan LHDN
- Sinar Harian Bayar balik pinjaman PTPTN tanggungjawab demi generasi akan datang (this story)








