ADA manusia yang mengejar satu impian sepanjang hayat, tetapi pemuda ini memilih jalan lebih pelik iaitu membuat sebanyak mungkin rekod dunia.

Daripada melompat menggunakan pogo stick, berjalan sambil mengimbangi botol susu di atas kepala, melakukan aksi hula hoop di dalam air sehinggalah memecahkan rekod di pelbagai benua, semuanya berjaya dilakukan oleh Ashrita Furman dengan memecahkan Guinness World Records (GWR).

GWR mengiktirafnya sebagai pemegang gelaran bagi individu yang mempunyai paling banyak rekod dunia.

Dia telah memecahkan lebih 600 rekod sepanjang kariernya, dan lebih 200 rekod masih dipegangnya ketika ini.