KUALA LUMPUR – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) telah melaksanakan audit pengawasan terhadap organisasi penyelenggaraan Layang-Layang Aerospace dari 1 hingga 4 September lalu, iaitu beberapa hari sebelum nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) terhempas.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, audit tahunan itu merekodkan tiga penemuan ketidakpatuhan dan tiga pemerhatian melibatkan aspek perancangan tenaga kerja, rekod pelaksanaan tugas penyelenggaraan serta dokumentasi prosedur kesinambungan operasi selepas kecemasan.










