Kuala Lumpur: Liga Takraw Nasional Mekdi 2026 bukan sekadar medan memburu kejuaraan, sebaliknya platform penting untuk melahirkan generasi pelapis sepak takraw negara yang berkualiti.

Pengarang Berita Sukan Harian Metro, Saipul Adli Mohamad berkata, penganjuran liga itu tepat pada masanya ketika sepak takraw negara kembali mencuri perhatian menerusi kejayaan di pentas antarabangsa.

Katanya, kesinambungan antara pemain senior dan bakat muda perlu diberi perhatian bagi memastikan sukan warisan negara itu terus berkembang serta mempunyai bekalan pemain berkualiti pada masa depan.

"Kalau kita lihat sekarang, sepak takraw kembali berkembang dan kejayaan di pentas antarabangsa turut meningkatkan sambutan peminat terhadap sukan ini.