Sungai Petani: Bagaikan tidak percaya melihat tawaran hadiah lumayan RM5,000 untuk juara zon, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) kini tidak sabar untuk turun berentap pada saingan Zon Utara Liga Takraw Nasional Mekdi 2026, esok.
Pengurus merangkap jurulatih pasukan sepak takraw SSTMI, Azmi Abd Ghani berkata, tawaran berkenaan cukup lumayan, terutama bagi kejohanan yang memberi tumpuan kepada pembangunan pemain bawah umur.
Katanya, ganjaran menarik itu bukan sahaja mampu meningkatkan motivasi pasukan untuk bersaing, malah berpotensi menarik lebih ramai pelajar menyertai sukan sepak takraw.
"Sepanjang saya berkecimpung dalam sukan sepak takraw membabitkan pembangunan bawah umur, ini adalah tawaran hadiah yang cukup lumayan untuk pasukan yang bergelar juara zon.









