ISTANBUL: Lapan negeri di Amerika Syarikat (AS) memfailkan saman terhadap OpenAI pada Rabu atas dakwaan bahawa syarikat itu membahayakan kanak-kanak menerusi chatbot ChatGPT.

Ia juga didakwa mengelirukan ibu bapa mengenai aspek keselamatannya, lapor Anadolu Ajansi.

Iowa, Kansas, Nebraska dan West Virginia mengumumkan tindakan undang-undang itu dalam sidang media pada Rabu, manakala Arkansas, Arizona, Idaho dan Montana memfailkan saman berasingan di mahkamah negeri masing-masing.

"OpenAI membahayakan kanak-kanak dan berbohong kepada penduduk Iowa," kata Peguam Negara Iowa Brenna Bird, menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya.