Kuala Terengganu: Hanya tinggal baki RM73 dan RM99 dalam dua akaun bank miliknya.
Itu pengalaman dilalui seorang kerabat Diraja Terengganu, Tengku Ismail Tengku Ibrahim, 65, yang mendakwa kehilangan wang berjumlah RM1,985,065 daripada akaun peribadinya di dua institusi perbankan.
Susulan kejadian itu, beliau mengambil tindakan undang-undang terhadap dua bank berkenaan bagi menuntut semula wang yang hilang, selain mendakwa berlaku kecuaian dalam pengendalian transaksi dipertikaikan.
Tengku Ismail berkata, kehilangan wang itu hanya disedari ketika beliau membuat semakan di kaunter bank pada awal Januari lalu sebelum mendapati baki dalam akaun miliknya hanya kira-kira RM73, manakala satu lagi akaun bank berbaki sekitar RM99.









