KUALA TERENGGANU – Seorang kerabat diraja Terengganu memfailkan saman sivil terhadap dua institusi kewangan tempatan bagi menuntut semula simpanannya berjumlah keseluruhan kira-kira RM1.99 juta yang didakwa telah lesap daripada akaun simpanan peribadinya pada tahun lalu.
Writ saman tersebut difailkan menerusi dua peguamnya, Alif Danial Ahmad Shahrulnizam dan Mohd. Hazwan Hamidun dari firma guaman, Rafie & Co di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Plaintif, Tengku Ismail Tengku Ibrahim, 65, menuntut semua wang simpanannya berjumlah keseluruhan RM1,985,065 yang hilang dipulangkan semula oleh dua institusi kewangan terbabit yang dinamakan sebagai defend










