PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang diramalkan di 10 negeri sehingga pukul 6 petang ini.

MetMalaysia menerusi hantaran Facebook memaklumkan, ia melibatkan Perlis, Kedah (Kuala Muda, Kulim, Bandar Baharu, Baling, Kubang Pasu, Sik, Langkawi dan Padang Terap), Pulau Pinang dan Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang, Selama, Larut Matang, Kerian dan Perak Tengah).

“Amaran ibut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka turut melibatkan Kelantan (Kuala Krai, Machang dan Pasir Puteh), Terengganu (Setiu, Besut, Hulu Terengganu dan Dungun), Pahang (Kuantan, Cameron Highlands, Lipis dan Jerantut) dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Kluang, Kulai dan Batu Pahat).