HONG KONG – Abu bintang pop, mendiang Anita Mui yang pernah digelar ‘Madonna Asia’, hilang dari sebuah biara di Hong Kong, kata polis hari ini.
Bintang pop Kantonis itu meninggal dunia akibat kanser pangkal rahim semasa berusia 40 tahun pada 2003 selepas menjual jutaan piring hitam.
Keluarga Mui membuat laporan polis Julai lalu selepas seorang peminat menyedari tempayan berisi abu mayat mendiang tidak lagi berada di tempatnya, namun tida menghebahkannya kepada umum.
Namun pada Sabtu lalu, keluarga Mui mengeluarkan kenyataan menyatakan, tiada kemajuan dalam siasatan polis mengakibatkan mereka mengalami ‘penderitaan dan kesedihan emos’.









