KUALA LUMPUR: Big Tree, peneraju industri pengiklanan luaran di Malaysia dan anak syarikat milik Media Prima Berhad, melancarkan kempen Santuari Kita bagi menggalakkan masyarakat berkongsi kata-kata positif serta memperkukuh kesejahteraan mental menerusi papan iklan digital dan taman digital interaktif.
Kempen yang berlangsung dari 10 Oktober hingga 8 November 2026 itu dilaksanakan di bawah inisiatif Ruang Rehat bersempena Hari Kesihatan Mental Sedunia.
Menerusi kempen berkenaan, orang ramai dijemput melayari laman web ruangrehat.my untuk menghantar mesej semangat, dorongan dan kebaikan kepada masyarakat.
Setiap mesej yang dihantar akan menyumbang kepada perkembangan taman digital interaktif yang melambangkan keprihatinan, ketabahan dan kesejahteraan emosi.









