BACHOK: Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berjaya khatam 30 juzuk Al-Quran berpeluang mendapat laluan khas untuk ke Institut Pengajian Guru (IPG) dan Matrikulasi.

Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia, Omar Salleh berkata, laluan khas ini sudah dibuka tahun 2024 dan sehingga kini 95 peratus pelajar membabitkan 15 sekolah tahfiz dengan empat Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan 11 buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) melepasi tamat hafal al-Quran dalam tempoh lima tahun.

"Insentif pertama, mereka semua akan dapat satu sijil yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) iaitu sijil Darul Quran, apabila mereka menghafal 30 juzuk, mereka akan dapat dua sijil iaitu sijil SPM dan sijil Darul Quran.