PETALING JAYA: Berbaki beberapa jam sahaja lagi bergelar suami isteri, pasangan sejoli, Bella Astillah dan Syed Saddiq meraikan hari bahagia mereka dengan mengadakan Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung pagi tadi.
Bagai pinang dibelah dua, Syed Saddiq yang segak mengenakan jubah berwarna putih itu hadir bersama sejambak bunga ros untuk diberikan kepada bakal isterinya, Bella.
Menerusi video yang tular di Threads, Bella yang anggun mengenakan jubah berona kuning lembut itu turut dilihat tersipu malu ketika menerima jambangan bunga tersebut dari bakal suami.
Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata peminat mereka meluahkan rasa teruja untuk melihat pasangan itu disatukan dalam sebuah majlis pernikahan yang bakal berlangsung esok.









