PESHAWAR: Seramai 27 kanak-kanak dan seorang guru maut, manakala puluhan lagi cedera selepas bumbung sebuah sekolah di utara Pakistan runtuh pada pagi Khamis, menurut pihak berkuasa.

Menurut anggota perkhidmatan penyelamat tempatan, Bilal Ahmed, hujan lebat menyebabkan bumbung bangunan sekolah dua tingkat di bandar Peshawar itu runtuh.

Beliau berkata, beberapa kanak-kanak masih terperangkap di bawah runtuhan, manakala pasukan penyelamat sedang berusaha mengeluarkan mereka.

Jurucakap Hospital Lady Reading di Peshawar, Asim Khan memberitahu CNN seramai 47 kanak-kanak cedera dalam kejadian itu.