Menteri Dalam Negeri Mustafa Ciftci berkata empat mangsa maut di lokasi kejadian dan seorang lagi meninggal dunia di hospital. (Gambar EPA Images)ISTANBUL: Lima maut selepas sebuah bangunan pangsapuri tujuh tingkat runtuh di daerah Maltepe, Istanbul, kata Menteri Dalam Negeri, Mustafa Ciftci, pada Jumaat selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) berakhir, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ciftci menerusi platform media sosial X berkata, empat mangsa maut di lokasi kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia di hospital, sambil memaklumkan 14 individu berjaya dikeluarkan daripada bawah runtuhan.

Gabenor Istanbul, Davut Gul, berkata sebuah premis perniagaan di tingkat bawah dan empat unit kediaman di dua tingkat di atasnya runtuh, manakala 14 orang didaftarkan menetap di alamat berkenaan. Tingkat atas bangunan itu sebahagian besarnya kekal utuh dan penghuninya dipindahkan.