Kelonggaran baharu BUDI Diesel membolehkan kelayakan dipindahkan kepada pengguna sebenar kenderaan bukan lagi terhad kepada ahli keluarga terdekat. PETALING JAYA: Kerajaan kini membenarkan pemilik berdaftar kenderaan diesel persendirian memindahkan kelayakan BUDI Diesel kepada pengguna sebenar termasuk mereka yang bukan ahli keluarga terdekat.
Perubahan itu diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 16 Sept, selepas kerajaan menerima maklum balas daripada pengguna kenderaan diesel terutama di Sabah dan Sarawak.
Sebelum ini, pemindahan kelayakan hanya terhad kepada ahli keluarga terdekat seperti pasangan, ibu bapa, anak atau adik-beradik.
FMT menjelaskan apa yang berubah, siapa yang boleh menerima pemindahan dan bagaimana permohonan dibuat.






