ISTANBUL: Lima orang maut selepas sebuah bangunan pangsapuri tujuh tingkat runtuh di daerah Maltepe, Istanbul, kata Menteri Dalam Negeri Mustafa Ciftci hari ini selepas operasi mencari dan menyelamat berakhir.

Ciftci menerusi platform media sosial X, berkata empat mangsa maut di lokasi kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia di hospital, sambil memaklumkan seramai 14 orang berjaya dikeluarkan dari runtuhan.

Bangunan yang terletak di bahagian Asia bandar raya itu runtuh pada awal Khamis.

Gabenor Istanbul, Davut Gul berkata sebuah premis perniagaan di tingkat bawah dan empat unit kediaman di dua tingkat di atasnya runtuh, manakala 14 orang didaftarkan menetap di alamat berkenaan. Tingkat atas bangunan itu sebahagian besarnya kekal utuh dan penghuninya dipindahkan.