Kuala Lumpur: Polis menahan tiga individu termasuk seorang aktivis bagi membantu siasatan kes khianat membabitkan empat patung di sebuah kuil di Jalan Klang Lama, di sini, minggu lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, ketiga-tiga individu itu ditahan di Beranang, Selangor, kira-kira jam 11 pagi, Ahad lalu.
Beliau berkata, semua individu berkenaan direman selama tiga hari bagi membantu siasatan, manakala polis menerima dua laporan berhubung kejadian itu.
"Sebanyak empat patung dipecahkan, namun jumlah kerugian masih dalam taksiran.








