KUALA LUMPUR: Platform digital MENARABENA berpotensi meningkatkan kecekapan rantaian bekalan industri pembinaan negara dengan menghubungkan kontraktor, pengilang, pembekal dan pemaju dalam satu ekosistem digital.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata platform itu dijangka memudahkan akses kepada maklumat, memperkukuh kerjasama antara pemain industri serta membantu meningkatkan kecekapan perancangan dan urusan perolehan bahan binaan.

Beliau berkata, pembangunan platform berkenaan adalah sejajar dengan keperluan industri pembinaan yang kini berdepan pelbagai cabaran, khususnya dalam pengurusan kos, pematuhan spesifikasi bahan dan penyiapan projek mengikut jadual.

"Industri pembinaan kini berhadapan dengan pelbagai cabaran, khususnya pengurusan kos, pematuhan spesifikasi bahan dan penyiapan projek mengikut jadual.