Putrajaya: Kerajaan memperuntukkan pelaburan RM5 bilion bagi memperkukuh ketersambungan Internet negara menerusi Projek Jalinan Digital Negara (JENDELA), selain lebih RM130 juta untuk menyokong industri kreatif tempatan di bawah Belanjawan 2027.
Kementerian Komunikasi dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelaburan itu merangkumi peluasan liputan 4G ke semua kampung Orang Asli, selain usaha memperluas rangkaian infrastruktur telekomunikasi di seluruh negara.
"Bagi sektor kreatif, peruntukan lebih RM130 juta disediakan untuk menyokong industri perfileman, muzik dan kandungan kreatif tempatan, termasuk insentif kepada produksi filem dan animasi tempatan serta antarabangsa yang menjalankan penggambaran di Malaysia.









