KUALA LUMPUR: Pilihan utama kejohanan, Ahmad Redzuan Zulwaqqarizal-Low Zhi Yu tersingkir seawal pusingan 16 terbaik selepas dikejutkan beregu Korea Selatan, Seong Been-Kim Min Chae pada Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Kaherah, Mesir, hari ini.

Ahmad Redzuan-Zhi Yu yang bermula baik pada set pertama gagal mengekalkan momentum apabila tewas 15-11, 15-17, 13-15 dalam pertarungan selama 39 minit.

Selepas ini, Zhi Yu akan meneruskan cabaran dalam acara beregu wanita bersama Genevie Lim, sekali gus berpeluang menebus kekecewaan selepas tersingkir dalam acara beregu campuran bersama Ahmad Redzuan.

Sementara itu, satu lagi wakil negara dalam acara beregu campuran, Irfan Shazmir-Genevie Lim mempamerkan aksi meyakinkan untuk menempah tiket ke suku akhir.