KUALA LUMPUR: Kejayaan pembangunan bakat negara perlu diukur berdasarkan keupayaan graduan dan pekerja memperoleh pekerjaan berkualiti serta pendapatan lebih tinggi, bukan sekadar jumlah peserta yang menamatkan latihan kemahiran.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata inisiatif Bakat MADANI yang menyasarkan 30,000 peluang pekerjaan baharu menerusi Belanjawan 2027 perlu memastikan kemahiran dibangunkan benar-benar memenuhi keperluan industri.

Beliau berkata, pencapaian pembangunan bakat juga tidak boleh dinilai hanya berdasarkan jumlah individu yang menerima latihan atau memperoleh pekerjaan.

Sebaliknya, penilaian perlu melihat sejauh mana kemahiran pekerja digunakan oleh industri untuk meningkatkan produktiviti dan membuka peluang pendapatan lebih baik.