KUALA LUMPUR: Penyanyi kelahiran Singapura, Iskandar Ismail, tidak menolak kemungkinan berhijrah ke Malaysia sekiranya peluang mengembangkan kerjaya seninya di negara ini semakin terbuka, malah bersedia membawa keluarganya bersama jika keadaan mengizinkan.

Iskandar, 48, berkata, dia selesa dengan suasana kehidupan di Malaysia yang disifatkan lebih santai berbanding Singapura, sekali gus membuka ruang untuknya mempertimbangkan kemungkinan menetap di negara ini.

Bagaimanapun, katanya, keputusan itu bergantung kepada perkembangan kerjaya seni serta keadaan keluarganya yang masih menetap di Singapura.

"Memang saya berulang-alik kerana keluarga masih berada di Singapura. Kalau betul-betul sibuk dengan kerjaya di Malaysia dan ada peluang untuk terus mengembangkan kerjaya, barulah saya akan menetap di sini.