PUTRAJAYA: Waris empat kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) yang terkorban dalam nahas helikopter di Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak akan mula menerima bayaran pencen terbitan bulanan pada 21 Oktober ini sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan memastikan kebajikan keluarga mangsa terus terbela.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata KKM bersama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam dan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah menguruskan faedah pencen terbitan serta bantuan kewangan sewajarnya kepada waris mangsa secara menyeluruh dan berhemah.
Beliau berkata, keseluruhan bayaran pukal yang layak diterima waris merangkumi Gantian Cuti Rehat (GCR), Ganjaran Terbitan, Bantuan Mengurus Jenazah dan Ex-Gratia Kematian.










%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2023%2F06%2Fa8195b7191d47d94809f838856f4bfc6.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)