KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong enggan menarik balik kenyataannya berhubung isu perbezaan peruntukan dan perbelanjaan RM2.1 bilion bagi Program Jalan Luar Bandar (JALB) di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Presiden MCA itu sebaliknya menuntut penjelasan terperinci diberikan kepada orang ramai.
Katanya, isu peruntukan itu dibangkitkan bagi membersihkan nama kerajaan susulan kenyataan media dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP).
"Kalau orang luar mungkin tidak faham apa sebenarnya berlaku. Sekiranya ia tidak dijelaskan melalui nota kaki, ia akan membawa pemahaman dan persepsi berlainan," katanya pada sidang media di Pusat Media Parlimen, hari ini.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F09%2F6e88477dc966fb2ebc47ff8ee1e1be8e.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
