KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkatan (Pindaan) 2026 dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini bagi menurunkan had umur anak yang termaktub dalam akta berkenaan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata RUU itu dijadualkan dibentangkan secara serentak untuk bacaan kali kedua dan ketiga pada persidangan kali ini.
Menerusi naskhah biru yang disiarkan di portal rasmi Parlimen, cadangan pindaan itu bertujuan meminda Akta Pengangkatan 1952 (Akta 257) yang antara lain meminda Seksyen 2 Akta 257 berhubung takrif 'anak' dengan menurunkan had usia daripada 21 tahun kepada 18 tahun.
Katanya, ia selaras dengan had umur untuk memohon kewarganegaraan melalui pendaftaran sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta Perlembagaan (Pindaan) 2025 (Akta A 1752).








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F09%2F6e88477dc966fb2ebc47ff8ee1e1be8e.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
