KUALA LUMPUR - Rang Undang-undang (RUU) Pengangkatan (Pindaan) 2026 dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada Khamis yang antara lain bertujuan menurunkan had umur anak.Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, RUU itu dijadualkan dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan ketiga pada persidangan kali ini.Menurut naskhah biru yang disiarkan di portal Parlimen, cadangan pindaan itu bertujuan meminda Akta Pengangkatan 1952 (Akta 257) yang antara lain meminda Seksyen 2 Akta 257 berhubung takrif 'anak' dengan menurunkan had usia daripada 21 tahun kepada 18 tahun.Langkah itu selaras dengan had umur bagi permohonan kewarganegaraan melalui pendaftaran sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Perlembagaan (Pindaan) 2025 (Akta A1752), menurut RUU itu.Selain itu, ia juga selari dengan usia melayakkan diri untuk mengundi di Malaysia mengikut Perlembagaan Persekutuan, takrif kanak-kanak di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611), serta umur dewasa di bawah Akta Umur Dewasa 1971 (Akta 21). - Bernama
RUU Pengangkatan (Pindaan) 2026 dibentang untuk bacaan pertama, turun had umur anak

Key takeaways
RUU Pengangkatan (Pindaan) 2026 dibentang untuk bacaan pertama dengan menurunkan had umur anak kepada 18 tahun.
- RUU ini bertujuan meminda Akta Pengangkatan 1952 dengan menurunkan had umur anak dari 21 kepada 18 tahun.
- Pindaan ini selaras dengan had umur kewarganegaraan melalui pendaftaran di bawah Akta Perlembagaan 2025.
- RUU ini akan dibentang untuk bacaan kedua dan ketiga pada persidangan ini.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Kosmo
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Pindaan RUU Adun lantikan: Wakil rakyat PH saman kerajaan Melaka
- Free Malaysia Today RUU anti-Ali Baba dibentang tahun depan, kata menteri
- Sinar Harian RUU Pengangkatan (Pindaan) 2026 dibentang untuk bacaan pertama, turun had umur anak (this story)







