KUALA LUMPUR – Usahawan perlu memahami kehendak pengguna dan membina identiti tersendiri bagi memastikan produk mereka mampu bersaing dalam pasaran, bukannya sekadar mengikut trend yang sedang mendapat perhatian.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif KNKV Group, Prof. Dr. Adam Richman berkata, strategi pemasaran perlu dirancang berdasarkan kajian pasaran serta keperluan pelanggan supaya pelaburan yang dibuat memberikan pulangan sewajarnya.

“Setiap perkara yang kita lakukan mesti mempunyai pulangan pelaburan (ROI). Sesebuah syarikat tanpa bajet yang ditetapkan untuk pemasaran, platform digital atau penjenamaan menunjuk