Kuala Lumpur: Pemilihan perlawanan persahabatan Tier 1 menentang pasukan yang berada pada ranking bawahan yang tidak terlalu jauh dengan ranking skuad negara boleh menjadi satu langkah strategik buat skuad Harimau Malaya untuk mengutip mata konsisten demi membaiki kedudukan ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Penganalisis bola sepak tempatan, Mohd Fauzi Pilus, menjelaskan bahawa keutamaan ketika ini adalah memastikan skuad kebangsaan tidak mengalami kerugian akibat kedudukan ranking yang terlalu rendah selain memanfaatkan kestabilan pasukan serta kehadiran muka-muka baharu."
"Ya, ini mungkin salah satu misi strategik yang perlu kita pertimbangkan sebab kita mahu mengejar ranking memandangkan kedudukan ranking itu penting dalam beberapa aspek.









