Setiausaha Agung GRS Armizan Mohd Ali berkata simulasi berdasarkan keputusan PRN Sabah 2025 menunjukkan gabungan itu berpotensi menang lebih 15 kerusi Parlimen.PETALING JAYA: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyasarkan beberapa kerusi Parlimen yang dikuasai lawannya pada PRU akan datang, namun penganalisis berkata hasrat itu mungkin bergantung pada pakatan pilihan raya dan keupayaan mempertahankan kerusi sedia ada.

Selasa lalu, Setiausaha Agung GRS, Armizan Mohd Ali, berkata simulasi berdasarkan keputusan PRN Sabah 2025 menunjukkan gabungan itu berpotensi memenangi lebih daripada 15 kerusi Parlimen.

GRS menang enam daripada 25 kerusi Parlimen Sabah pada PRU15 iaitu Papar, Sipitang, Ranau, Keningau, Batu Sapi dan Tawau.