KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) diramalkan tidak hanya sekadar mempertahankan status quo 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, sebaliknya berupaya menambah sehingga tiga atau empat kerusi tambahan di negeri itu.
Penganalisis politik serta Profesor Adjung Universiti Taylor's, Dr Ong Kian Ming, berkata berdasarkan sentimen dan 'mood' gelombang biru, BN boleh merampas sekurang-kurangnya satu atau dua kerusi daripada Pakatan Harapan (PH) di Melaka.
Beliau yang juga bekas strategis DAP berkata, ia termasuklah kerusi DUN Bukit Katil yang sebelum ini disandang AMANAH dan Ayer Keroh oleh DAP.
Katanya, walaupun dalam PRN lalu, calon DAP hanya tewas dengan majoriti 200 undi kepada wakil BN di DUN Duyong, parti itu dilihatnya tidak berupaya merampas kembali kerusi terbabit kali ini.







