PETALING JAYA: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berpotensi memenangi antara 14 hingga 15 kerusi Parlimen berdasarkan simulasi keputusan PRN lalu, kata Setiausaha Agungnya Armizan Mohd Ali.
Armizan berkata GRS kini mempunyai tujuh Ahli Parlimen susulan kemasukan Upko ke dalam gabungan itu.
Katanya, GRS mahu mengekalkan sokongan di kerusi yang sudah dikuasainya, selain memperkukuh kedudukan di kawasan yang dilihat berpotensi untuk dimenangi.
“Berdasarkan simulasi yang tidak mengambil kira Upko... di atas kertas GRS boleh menang 14 hingga 15 kerusi Parlimen,” katanya seperti dipetik Sinar Harian.






/file/attachments/orphans/AntennaEntertainments22_325293.png)
