KOTA KINABALU - Gabungan Rakyat Sabah (GRS) secara simulasi berdasarkan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu berpotensi memenangi antara 14 hingga 15 kerusi Parlimen di Sabah pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.Setiausaha Agung GRS, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, bagaimanapun gabungan itu menyasarkan pencapaian lebih besar bagi memastikan suara Sabah di peringkat Persekutuan lebih kuat, selain meningkatkan kuasa tawar-menawar dalam membawa kepentingan negeri."Jadi kalau kita lihat dari segi kiraan simulasi, tidak termasuk dengan adanya UPKO Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) sekarang, kalau kita lihat kiraan undi simulasi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang lepas, GRS 'on paper' boleh menang dalam 14-15 kerusi Parlimen."Tetapi kita mahu lebih daripada itu sebab kita mahu ada suara Sabah, solidariti Sabah, suara Sabah itu melalui GRS dengan jumlah kerusi yang jauh lebih besar," katanya selepas hadir pada Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) GRS di sini pada Selasa.Armizan berkata, GRS kini mempunyai tujuh Ahli Parlimen selepas kemasukan UPKO dan mahu mengekalkan sokongan di kawasan yang dimenangi, selain meningkatkan sokongan di kawasan yang dilihat mempunyai potensi untuk dimenangi."Jadi sasaran dan gerak kerja kita diputuskan supaya lebih strategik dan berfokus, dengan mengekalkan sokongan sedia ada serta menambah kekuatan bagi memastikan kita mempunyai suara dan kuasa tawar-menawar yang lebih kuat dalam mewakili kepentingan Sabah di Parlimen. Satu suara untuk membawa kepentingan Sabah di peringkat Persekutuan," katanya.Mengulas mengenai pemilihan calon bagi menghadapi PRU akan datang, Armizan berkata, GRS turut mengambil kira faktor calon yang boleh menang atau 'winnable candidate' selain melihat potensi sesuatu kerusi."Ya, sudah pastinya bahawa bukan hanya kerusi yang berpotensi untuk menang tetapi paling penting juga ‘lesson learned’ daripada PRN yang lepas, 'winnable candidate' juga cukup penting. Jadi itu antara pertimbangan yang dilihat dalam perbincangan kita," katanya.Beliau berkata, GRS pada masa sama perlu meneliti mesej yang disampaikan rakyat Sabah menerusi keputusan PRN lalu, selain mengambil kira keperluan mengekalkan kestabilan kerajaan negeri dalam menentukan pendekatan menghadapi PRU akan datang.
PRU: GRS ‘on paper’ boleh menang hingga 15 kerusi Parlimen - Armizan

Key points
- KOTA KINABALU - Gabungan Rakyat Sabah (GRS) secara simulasi berdasarkan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu berpotensi memenangi antara 14 hingga 15 kerusi Parlimen di Sabah pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
- Setiausaha Agung GRS, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, bagaimanapun gabungan itu menyasarkan pencapaian lebih besar bagi memastikan suara Sabah di peringkat Persekutuan lebih kuat, selain meningkatkan kuasa tawar-menawar dalam membawa kepentingan negeri.
- Mengulas mengenai pemilihan calon bagi menghadapi PRU akan datang, Armizan berkata, GRS turut mengambil kira faktor calon yang boleh menang atau 'winnable candidate' selain melihat potensi sesuatu kerusi.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Story details
- Published
- By
- ASYIKIN ASMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
2 stories on this topic from 2 sources, oldest first.
- Sinar Harian PRU: GRS ‘on paper’ boleh menang hingga 15 kerusi Parlimen - Armizan (this story)
- Free Malaysia Today GRS mampu menang 14 hingga 15 kerusi Parlimen, kata Armizan








