KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan membabitkan My EG Sdn Bhd (MyEG) dan Zetrix AI Berhad.

SPRM memaklumkan, pihaknya sudah menerima aduan rasmi berkaitan isu terbabit pada 7 Oktober lalu dan mengambil maklum bahawa perkara itu sedang disiasat oleh PDRM.

"Sehubungan itu, SPRM akan bekerjasama rapat dengan PDRM bagi meneliti dan melaksanakan perkongsian maklumat dalam menyiasat perkara ini berdasarkan kesalahan di bawah bidang kuasa polis.

"PDRM akan menyalurkan apa-apa maklumat sekiranya wujud elemen rasuah untuk tindakan SPRM selanjutnya," kata pada kenyataan, hari ini.