KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa, menjejaki prestasi bercampur-campur Wall Street semalaman, dalam persekitaran ketidaktentuan geopolitik yang berterusan dan harga minyak kembali meningkat, sekali gus menjejaskan sentimen pasaran.
Malacca Securities menjangkakan sentimen berhati-hati akan berterusan di bursa tempatan, dengan pelabur dijangka kekal selektif dalam memilih saham yang berpotensi mendapat manfaat daripada Belanjawan 2027.
Pada 9.10 pagi, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) susut 6.21 mata atau 0.38 peratus kepada 1,611.80 berbanding paras 1,618.01 ketika ditutup pada Isnin.
Indeks penanda aras itu dibuka 1.39 mata lebih rendah pada 1,616.62.








