KUALA LUMPUR: Selepas hampir setahun tidak putus menjalani penggambaran, pelakon Sophia Albarakbah mengambil keputusan berehat selama sebulan bagi mengisi semula tenaga, meluangkan masa bersama keluarga dan menyusun strategi perniagaan yang bakal dilancarkan tahun depan.
Sophia atau nama sebenarnya, Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman, 33, berkata tempoh rehat itu dimanfaatkan sebaiknya sebelum kembali memberi tumpuan kepada kerjaya lakonan.
Katanya, jadual penggambaran yang padat menyebabkan masa bersama keluarga agak terbatas, justeru cuti berkenaan menjadi peluang untuknya meluangkan lebih banyak masa dengan insan tersayang.
"Apabila sibuk dengan penggambaran, memang jarang ada masa terluang untuk keluarga. Jadi, saya nak berehat sambil meluangkan masa bersama mereka dan menyusun strategi perniagaan.








